Wednesday, February 23, 2011

Rumah Ku Syurgaku

Aiman & Bukhari
  Tapak Rumah ( mula dibina pada 19 Feb 2011 bersamaan 16 Rabiulawal 1432 ) terletak di belakang rumah Nyai batu Pahat.
Tapak Rumah ( 20 x 30 )
Kecik ajer... 20 kaki x 30 kaki = 600 kaki persegi sahaja. Kata babah ibi induk sahaja.. kalau ader rezeki insyaAllah besarkan lagi. Amin.....

Keselamatan Jalan Raya

Balqis & Sabariza
  Balqis ngan Riza kat umah Nyai Batu pahat... main basikal. Pakai helmat untuk keselamatan supaya jatuh tak sakit.
Raudah & Sabariza & Balqis
 Yang sorang lagi namanya Raudah... sepupu.

Nur Sabariza
Jom lumba ngan saya... dah besar nanti nak jadi pelumba profesional...

PANTAI PUNGGUR

Pantai Punggor
 Boring kat umah... last-last dengan anak2 sampai kat sini. ( Pantai Punggor ). Rasanya dah lebih 10 tahun saya tak ke mari. Dulu banyak pokok kelapa... sekarang dah lapang ( gondol ). menurut cerita selepas banjir tahun 2006 pantai ni berubah.
Joran
 Aanakku yang sabar menanti kail di makan ikan... kesudahannya sampai petang sekor pun tak naik.. takde rezeki la katakan.... sabar....
 Dah boring tunggu ikan... last2 gi cari siput ( anak siput ) kecik2 mana boleh makan.. alahai anakku... takpe... belajar dari poemerhatian.
Apa pun seronok ke mari... angin kuat.. pantai boleh tahan.. masih perlu di bangunkan lagi untuk menarik lebih ramai pengunjung.

Tuesday, February 8, 2011

  Tasik Bukit Layang-layang, Pasir Gudang. Sesuai untuk bawa anak-anak beriadah. Ada taman permainan dan kemudahan gym percuma.
 Kalau nak makan Yong Tau Fu pun ada bila waktu petang. Malam hari lagi ramai pengunjungnya terutama yang pasangan muda mudi.
Kepada yang berminat memancing... boleh memancing free... ikan apa yang ada tak pasti tapi ramai yang datang bawa keluarga sambil memancing.

Sunday, February 6, 2011

Jeti Tanjung Langsat

 Lama dah tak gi mancing kat Jeti Tanjung Langsat, Pasir Gudang. Kalau dulu inilah tempat melepaskan gian memancing.

Tuesday, February 1, 2011

Mancing Di Tanjung Sg Mas Muar

 Pertama kali mancing kat sini... lokasi muara sungai Muar. Tempat menarik dan sesuai untuk bawa keluarga berehat dan beriadah.
 Babah nak mancing yang kecik nak dukung pulak...
 Lama jugak menunggu... akhirnya mata kail di gigit BELIN ( belut laut )...
 Air dah surut... macamana nak dapat ikan...?
 Anak-anak ngan orang umah dah bosan.. menunggu ... Jom Balik...