Thursday, July 21, 2011

Orang sekarang dah kurang beradab

Mengapa...
Kisahnya begini, semalam bersama orang rumah pergi berbelanja kat Econsave di Yong Peng. Biasalah...  beli barang keperluan seperti gula, tepung, lauk untuk seminggu dan barang kering lain. Bandar Yong Peng ( atau pekan ) tak pastilah statusnya... penduduknya padat tapi tempat untuk berbelanja masih lagi tak moden seperti da Pasir Gudang, Johor Bahru ataupun bandar Batu Pahat. Econsave bersaiz sederhana rasanya lah. Barang banyak tapi ruang sempit... antara barang ( rak dengan rak yang lain ) terlalu rapat, jika ada dua troli yang berselisih jadi sukar...
   Kisah tempat sempit nilah saya lihat beberapa pengunjung atau pembeli ( pelanggan ) mula tunjuk sikap pentingkan diri sendiri...apa saja yang mereka buat mula menyusahkan orang lain... mana taknya saya ni lelaki yang datang ramai perempuan... kebanyakan mereka bergerak tanpa segan silu main redah dan langgar saja. contohnya semasa saya memilih ikan, tak semena-mena datang seorang wanita bersaiz 2X saya terus himpit saya. Sakit satu hal.. yang pelik diaorang tak malu ker... harap akak dapatlah bersabar sikit.. kerana ikan yang ader banyak takkan habis....
   Rasanya saya serik nak gi berbelanja kat sana... kalau nak berbelanja biarlah org rumah saja yang gi.. saya tunggu kat kereta pun tak per...

No comments:

Post a Comment