Tuesday, December 27, 2011

Melaka Hari Ke Dua

Celik mata masih belum mandi lagi... perut rasa lapar... terus jer menonong gi warung depan tempat menginap... sedap jugak makan nasi lemak ngan milo panas menghadap laut pagi-pagi.


Bila dah kenyang.. apa lagi sibuk nak gi mandi plak budak-budak ni... takper di benarkan...
Bergaya jer depan pisang besar ni.. tak naik pun... gayat...

Dah puas mandi ingatkan nak tengok tempat penetasan penyu... apa kan daya tutup plak... 
Apa lagi gi rayau-rayau kat Banda hilir plak lah....
Posing jap kat dataran pahlawan.... ngan sedang menuju kat Taming Sari Tower...

Tengah tunggu giliran nak naik....
Mula-mula gayat masa ia mula naik bila dah kat atas seronok...
Aiman yang tak takut langsung...
Dataran Pahlawan dari atas menara Taming Sari...

Melaka 2


 Oleh kerana tiada bilik dan chalet kosong di Pantai Puteri, maka sasaran kedua tempat penginapan ialah di Pengkalan Balak, Alhamdulillah... ada banyak bilik kosong di sini,

Bilik penginapan pilihan ialah di Putra Sayang Resort dengan harga RM 90.00, siap dengan penghawa dingin, dua katil, bilik air dan TV.

 Aktiviti pertama yang dilakukan apa lagi... mandi.....
 Minggu lepas tak dapat mandi kat Mersing & Desaru... apalagi balas dendam kat Pantai Pengkalan Balak...


 Pantai di sini OK... ombak tak kuat sangat... pantai pun bersih.. cuma hati2 ada obor-obor.... gatal kalau kena
 Makan malam kat sini pun senang... kedai makan banyak dan dekat dengan bilik penginapan....
 Lepas makan Babah sibuk cari umpan... kesian umpan yang di cari takder untuk memancing... yang ader cuma cacing pasir... beli jugak kerana tak sabar nak mancing....
 Peneman Babah.. ( Balqis ) mancing... dah sejam mancing sekor pun tak naik....
Sejam mancing yang naik ulat bulu laut.... apa lagi simpan pancing dan tidor....

Bercuti di Melaka Hari pertama

   Oleh kerana hajat bercuti di Mersing terhalang oleh kerana cuaca tak mengizinkan, Plan kedua adalah Melaka Bandaraya Bersejarah yang menjadi tujuan kami sekeluarga. Mula bergerak ke Melaka lebih kurang pukul 10.00 pagi akhirnya kami sampai 2 jam kemudian.
 Ketibaan kami ke Melaka di sambut dengan hujan lebat sepanjang jalan dari Ayer Keroh hingga ke Pusat  Bandar Melaka. Ditambah dengan laluan sesak, perjalanan selama 1 jam menjadi bosan.
  Tiba jer di Banda Hilir.. hujan telah reda, pusing-pusing cari tempat letak kereta semua penuh... alahai... sabar ajelah... bincang ngan orang umah... esok jer ronda banda hilir... maka yang paling penting adalah tempat untuk berehat hingga malam ni....
Tujuan yang pertama adalah menuju ke Pantai Puteri ( Tanjung Kling )... untuk mencari tempat menginap dan berehat... bersambung.