Oleh kerana tiada bilik dan chalet kosong di Pantai Puteri, maka sasaran kedua tempat penginapan ialah di Pengkalan Balak, Alhamdulillah... ada banyak bilik kosong di sini,
Bilik penginapan pilihan ialah di Putra Sayang Resort dengan harga RM 90.00, siap dengan penghawa dingin, dua katil, bilik air dan TV.
Aktiviti pertama yang dilakukan apa lagi... mandi.....
Minggu lepas tak dapat mandi kat Mersing & Desaru... apalagi balas dendam kat Pantai Pengkalan Balak...
Pantai di sini OK... ombak tak kuat sangat... pantai pun bersih.. cuma hati2 ada obor-obor.... gatal kalau kena
Makan malam kat sini pun senang... kedai makan banyak dan dekat dengan bilik penginapan....
Lepas makan Babah sibuk cari umpan... kesian umpan yang di cari takder untuk memancing... yang ader cuma cacing pasir... beli jugak kerana tak sabar nak mancing....
Peneman Babah.. ( Balqis ) mancing... dah sejam mancing sekor pun tak naik....
Sejam mancing yang naik ulat bulu laut.... apa lagi simpan pancing dan tidor....
No comments:
Post a Comment