Sunday, July 22, 2012

Saja saja cerita politik

Saja-saja nak luah perasaan...

Dah lama tak posting dalam blog....
   Aktiviti memancing pun dah lama tak buat, sibuk sangat ngan program rutin tanggungjawab di tempat kerja. Nak gi mancing plak jauh dari umah... ader jugak lepas gian mancing kat kolam rumah mak ( mancing ikan puyu )

Sejak kebelakangan ini, sana sini sibuk orang bercerita tentang pilihanraya. Ceramah parti di sana sini, bermacam-macam isu yang diceritakan dan dibangkitkan. Yang sokong kerajaan dengan pendapatnya, yang bangkang pulak dengan cerita mereka. Lain arah tujuannya... yang A kata A yang B kata B. Saya pulak tak suka cerita pasal politik.

  Nak kata saya tak berpolitik... mustahil kerana saya menyertai juga sebuah parti politik. Kenapa saya masuk parti politik ini...?

1. Kat kg saya parti inilah yang memerintah sejak dari dulu lagi. Kalau tak menyertai takut nanti dikata kera sumbang, tak campur orang.
2. rasanya menyertai persatuan atau kumpulan tertentu yang berdaftar adalah tanggungjawab bagi manusia yang hidup bermasyarakat.
3. ada tempat atau pihak yang mendengar apabila mengalami masalah dan ader yang membantu bila ader musibah.

rasanya itulah sebabnya saya menyertai parti dan persatuan yang ader kat kampung saya.

Balik semula kepada cerita politik... dikampung saya. Sekarang kampung saya telah wujud dua kumpulan politik. Biasalah penyokong dan pembangkang kerajaan. Perkara sedih yang pernah saya tahu tentang perjalanan politik dikampung sya ni...

1. Ader penduduk yang tidak sembanhyang Jumaat di Masjid kampung kerana parti, jumlah= 0.001 %
2. Selalu membantah dalam setiap program yang dirancang tetapi tidak memberi pendapat yang terbaik serta tidak hadir bila dipanggil bermesyuarat.
3. Tak pernah melakukan kebajikan untuk masyarakat sekampung tetapi berkempen boikot kerajaan.

Pelik... pelik....

No comments:

Post a Comment